anak2 Abah Komvo
12:07 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran

editor: lundu
alhamdulilah selama 3 tahun anak2 abah menyambung pengajian di negara orang akhirnya tamat juga pengajian dengan diraikan pada hari komvonya.... ramai ni anak abah, beginilah suasana kegembiraan yang dapat digambarkan oleh anak2 abah apabila orang tuanya meraikan sekali kejayaan yang digapainya.....
tahniah diucapkan kepada anak2 abah yang berjaya......
semoga sukses selalu.
|
LZS (MAIS) TIDAK LUPA MASYARAKAT ORANG ASLI
3:32 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran
editor: Abah Jamal
tarikh: 20 julai 2009
Gombak - LZS (MAIS) telah menjalankan Program Kemasyarakatan di Kampung Orang Asli Ulu Kuang, Gombak. Program tersebut merupakan sebahagian daripada Program Kembara Amal Mubarak 2006 yang telah diadakan pada minggu lepas. Dalam majlis tersebut LZS (MAIS) telah memberikan bantuan berupa beras, alat bantuan mengajar dan keperluan lain kepada masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di kawasan tersebut. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh YD Dato' Paduka Raja Hj Wan Mahmood bin Pawan Teh, Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak yang turut hadir pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar LZS (MAIS) dan juga Pegawai Agama Daerah Gombak. Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban kepada masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut terutamanya yang beragama Islam.
|
Pernikahan mualaf Orang Asli catat sejarah
3:25 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran


SAH bergelar suami isteri... Sembilan pasangan mualaf Orang Asli yang diraikan dalam majlis pernikahan beramai-ramai di Perkampungan Orang Asli, Ulu Kuang, Selangor.

SURAU al-Hidayah di perkampungan Orang Asli Ulu Kuang, Gombak Barat, Selangor tidak ada apa yang istimewa. Rutinnya sama seperti surau atau masjid di daerah Selangor yang lain. Apatah lagi, umat Islam di perkampungan itu hanya seramai 156 orang daripada 363 jumlah penduduknya.
Pun begitu, surau ini tidaklah seperti hidup segan mati tak mahu. Kemudahan asasnya lengkap, bersih dan sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan majlis ilmu. Setiap hari pasti berkumandang laungan azan dan solat berjemaah. Pada sebelah petangnya pula diadakan kelas agama dan sekali sekala dianjurkan perayaan hari-hari kebesaran umat Islam.
Namun suasana ketenangan ini berubah sedikit sewaktu berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan beramai-ramai sembilan pasangan mualaf Orang Asli dari daerah Gombak Barat dan Gombak Timur, 5 Mei lalu.

Apa tidaknya, pelbagai gelagat melucukan. Ada yang hendak menikahkan tok kadi, menjawab sahutan tok kadi dengan bahasa Inggeris dan terpaksa ditenangkan selepas berkali-kali melafazkan ijab kabul. Semuanya menimbulkan suasana gamat dan riuh rendah dengan gelak ketawa para tetamu pada majlis penuh bersejarah, khasnya kepada pasangan mempelai.
Malah penulis dimaklumkan oleh juru nikah yang juga Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jajuli, majlis tersebut merupakan satu sejarah baru.

Ini kerana, kata beliau, sebelum ini majlis sama pernah dilangsungkan di kampung tersebut iaitu pada 1996. Bezanya pada masa itu hanya empat pasangan mualaf Orang Asli daerah Gombak diraikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berbanding kali ini.

Pada majlis anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak Barat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini menyaksikan kesemua pasangan raja sehari tampil segak bergaya dengan baju Melayu lengkap bersamping warna senada. Permaisuri hati pula, cantik berseri berkebaya apatah lagi dipadankan dengan selendang sarat berlabuci warna sedondon.

Pengantin perempuan yang didandan rapi oleh mak andam amatur dibawa memasuki ruang solat surau. Pengantin lelaki pula menunggu penuh debar dan seronok.

Pastinya, inilah saat yang paling bermakna dalam lipatan sejarah hidup manusia iaitu peralihan zaman bujang ke berumah tangga apatah lagi, ia adalah pengalaman pertama kepada semua pasangan pengantin yang diraikan hari itu.

Pasangan termuda, Muhammad Rizuan Abdullah, 20, dan Julia Abdullah, 17, melangkah seiring di hadapan tok kadi dan para saksi tampak cantik berbaju warna merah samar.
Raut wajah pengantin lelaki jelas kelihatan garis-garis gementar dan kerisauan sungguhpun pengalaman pertama tersebut dikongsi bersama lapan lagi pasangan.

Tiba-tiba dewan solat surau riuh rendah dengan gelak ketawa para saksi dan hadirin. Muhammad Rizuan pagi itu telah menikahkan juru nikah majlis bukannya dia yang sepatutnya diijab kabulkan. Apa tidaknya, selesai tok kadi mengenjutkan tangan Muhammad Rizuan dengan selamba melafazkan, “Aku nikahkan dikau...” sebagaimana arahan tok kadi sebelum itu, “Kamu ikut seperti saya.”
Setelah diterangkan barulah difahami dan semua saksi mengesahkan lafaz nikah selepas tiga kali ulangan.

Penulis berkesempatan mendapatkan reaksi pasangan paling muda ini pada akhir majlis. Beliau yang baru tiga bulan memeluk Islam dan selesai mengikuti kursus perkahwinan pada April lalu berkata, lidahnya tersasul dan ikut bagaimana yang disuruh tok kadi.
“Tidak sangka pula perbuatan saya itu benar-benar menimbulkan kelucuan orang ramai. Mulanya saya rasa malu tetapi nak buat macam mana, dah terlepas kata-kata malah tidak terniat di hati saya untuk mempersendakan hukum agama.

“Buat masa ini belum ada perancangan besar yang hendak dibuat. Cuma ini langkah awal kami untuk meneruskan kehidupan dalam suasana Islam. Perasaan seronok dan gementar semuanya ada pada hari ini tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” kata Muhammad Rizuan sambil dijeling isteri tercinta, Julia.
Celah Julia, mereka berkenalan sejak di bangku sekolah. Setelah melihat ada keserasian dengan suami dan masing-masing mempunyai arah tujuan kehidupan yang seiring, mereka yakin untuk meneruskan hasrat memeluk Islam dan berkahwin.
“Kalau ada rezeki, saya mahu empat cahaya mata,” akui Julia dengan nada manja.
Sementara itu, salah seorang pasangan yang turut diraikan Mohd. Farid Abdullah, 37, dan isterinya, Fatimah Tahir, 29, yang telah dikurniakan lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.

“Saya sebenarnya telah memeluk Islam sejak bujang iaitu pada 1995 tetapi kerana ketiadaan bimbingan, jadi kami berkahwin secara adat Orang Asli dengan isteri yang ada sekarang. Lebih-lebih lagi, pada waktu itu saya masih merahsiakan pengislaman diri,” jelasnya.
Alhamdulillah, kata Mohd. Farid, selepas dinasihatkan oleh beberapa pihak dan mempelajari ilmu agama beliau semakin faham dan kini masih meneruskan kelas pengajian di PAID Gombak Barat (cawangan Kuang).

“Selain itu, mereka juga membantu saya memujuk isteri agar turut sama memeluk Islam kira-kira dua tahun lalu. Saya bersyukur semuanya berjalan lancar. Kini, kelima-lima anak-anak kami telah diIslamkan.
“Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang menganjurkan majlis serba sederhana tetapi meriah ini. Alhamdulillah kemesraan yang terhasil ini bakal menarik minat Orang Asli yang belum lagi memeluk Islam untuk menjadi satu petunjuk hidayah,” kata Mohd. Farid yang segak berbaju jingga.

Pada majlis yang sama juga turut diraikan dua pasangan Melayu yang berkahwin dengan wanita Orang Asli. Mereka ialah pasangan Mohd. Al-Akkiri Borhan, 28, dengan Juliza Abdullah, 23, serta Mohd. Hanif Tumon, 24, dengan Nur Alia Amirah Mohd. Hafiz, 22.
Pasangan lain yang turut diraikan ialah Mustafa Abdullah dengan Hanum Abdullah, Muhammad Ramli Abdullah dengan Aslinda Abdul Rahim, Mohd. Azlan Abdullah dengan Aishah Abdullah dan Muhammad Ela Abdullah dengan Rosmawati Abdullah.
Perasmian majlis perkahwinan beramai-ramai itu dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan 13, Kuang, Soohaimi Abd. Rahman. Ia dihadiri lebih 1,000 jemputan pelbagai bangsa.
|
kisah insan biasa datang ke kg. orang asli ulu kuang
2:44 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran
editor; sabhi
tarikh: 20 julai 2009
salam...kisah kali ni pengembaraan ke kampung orang asli...fuhh menarik, perit getir semua dirasailah.. nak dijadikan cerita mula-mula aku(maaf guna aku) dah tak nak pergi dah sebab dah ada pengalaman kat kg orang asli....tau-tau je la kan......tapi sebab dah terlanjur kata tak leh nak undur.....kalau perahu nleh gak tarik-tarik balik kan....tapi best la walaupun sejarah mungkin berulang..

ni antara separuh dari rombongan cik kiah yang pergilah..sebab kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. macam biasa anak-anak orang asli memng suka bergambar tambah-tambah yang baju hijau hitam tu..hihihihi.....

hahhh ni baru semua yang pergi dan ni gambar kenangan dengan ketua kg kat situ, bukan tok batin tau...sebab dah de ketua kg. kalau yang tak ada muka tu sorilah sebab kamera tak muatlah tu.....








ni kami bergambar kenangan dekat pintu masuk...setelah mengharungi berbagai-bagai rintangan antaranya kumpulan anjing..kelompokan taik lembu..mak aiii kalau bau dia...lekat dekat baju kena pakai klorin basuh..tapi tulah pengalaman namanya..sib baik pakai kasut buruk hahaha....







hahh ni peristiwa berdarah..maklumlah aku gatal juga nak naik kat rumah atas bukit tukan.. tangga dia dari tanah je.. pas tu ade batu sikit-sikit tak tau nak terang cam ne korang leh tengok kan.. nilah tapak kejadian dimana aku telah menghancurkan hamper yang dipegang. tergoleng2 jatuh hancur....hihihi tapi mengenangkan nyawa aku lebih penting aku rela lepaskan hamper tu... maaflah hamper.....



ni kitorang nak balik dah...sempat gak posing kat depan bas... memng berat rasa nak meninggalkan kg ni...tapi dalam hati..huhuhu yes dah nak balik...amin...."jangan tiru aksi ini"
but kg org asli kuang tempat yang banyak tinggalkan kenangan.....







|
Koperasi Wawasan Asli Kuang Berhad (Dalam Penubuhan)
5:12 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran
editor: aie
tarikh : 06 Julai 2009

Alhamdulillah..... berkat bantuan daripada pihak berkenaan sama ada secara langsung atau tidak tertubuh lah sebuah koperasi di kampung orang asli ulu kuang, bertujuan membantu menaikkan taraf hidup masyarakat di sana...

dengan adanya koperasi ini boleh la penduduk kampung menambahkan hasil pendapatan dengan memproduksikan hasil kraftangan mereka sebagai bahan pengahasilan pendapatan sampingan.....
|