Pertubuhan Belia (PROTEM) Negeri Selangor 2009
10:34 PG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran
MESYUARAT PENUBUHAN PERTUBUHAN BELIA (PROTEM) NEGERI SELANGOR 2009

Tarikh: 04 Julai 2009 (Sabtu )
Masa : 2.00 pm - 6.00 pm
Tempat : Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Pendaftaran : 12.30 tgh - 1.30 pm

Tuan/puan yang terlibat dijemput hadir, segala kerjasama diucapkan jutaan terima kasih ..... yok kita jalan putrajaya ......
|
KRAFTANGAN ORANG ASLI
10:02 PG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran




Kraftangan merupakan sebahagian hasil pendapatan masyarakat orang asli di negara kita ini, pelbagai produk yang dihasilkan oleh orang asli dengan menggunakan hasil hutan seperti rotan, bertam, buloh dan berbagai-bagai lagi hasil hutan yang boleh dijadikan kraftangan.

kraftangan ini telah lama wujud sejak zaman nenek moyang mereka dahulu, hasil ini diturun temurunkan kepada satu generasi kepada satu generasi, selain menghasilkan produk untuk kegunaan sendiri mereka juga sedia menerima tempahan daripada masyarakat luar yang inginkan produk mereka untuk dijadikan perhiasan dan kegunaan harian.

gambar 1 dan 2 banyak yang menempah untuk dijadikan dinding, kabinet dan yang terbaru lapisan syiling rumah. gambar ke 2 adalah hasil yang dipasang untuk dijadikan syiling yang mana harga rumah berkenaan mencecah RM 1juta.
sungguh indah, kemas dan cantik hasil kraftangan yang dihasilkan demi menjaga mutu produk untuk mengekalkan keasliannya.... berikut adalah beberapa produk yang dihasilkan oleh kaum orang asli di kampung orang asli ulu kuang....
jika anda berminat dan ingin mendapatkan maklumat boleh menghubungi En. Jamal Yusof di talian 013-3505955
(bersambung.........)
|
PENGENALAN
3:11 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran



MASYARAKAT ORANG ASLI
Takrif Orang Asli:Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.

FAKTA SEJARAH


Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar. Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 141,230 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kumpulan Kaum Orang Asli iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.




Lagenda Temuan: Mamak dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu."Banjir Besar" berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka. Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan [1]. Gunung Raja terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat Orang Halus yang mendiami Gunung Raja.
Hantu Seburu ( a.k.a Bigfoot ) telah wujud pada zaman Mamak dan Inak Bungsuk. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu iaitu "Ilmu Hitam" yang menyebabkan bentuk fizikalnya berbulu sonsang dan tidak bole memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Manusia lagi. Orang Asli Temuan percaya yang bila seseorang terjumpa Hantu Seburu ini, orang itu akan terus demam dan mati sejam kemudian.Mamak Bungsuk pernah berpesan kepada cucu-cicitnya janganlah menuntut ilmu yang akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain.
Orang Asli Temuan juga pandai dalam bidang perubatan tradisional. Ramai juga orang dari bandar yang menggunakan perkhidmatan daripada Orang Asli untuk mengubati penyakit dan juga masalah-masalah mereka. Antara penyakit yang boleh di ubati oleh bomoh Orang Asli Temuan ialah demam panas, cirit-birit, darah beku, penyakit pinggang dan lain-lain lagi.
Ramai juga orang dari bandar yang mengunakan khidmat "Minyak Pengasih" daripada bomoh Orang Asli ."Minyak Pengasih" ini merupakan jualan yang terlaris dan nombor satu dalam perkhidmatan dari bomoh Orang Asli . Kegunaan minyak ini adalah untuk mengembalikan orang yang tersayang kepada pangkuan anda.
Ramai pelanggan yang menggunakan khidmat bomoh Orang Asli Temuan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Oleh sebab itu tidak hairanlah lagi jikalu ada orang menyatakan bahawa bomoh orang Asli adah berada di kedudukan nombor satu dalam industri perubatan tradisional Malaysia.

|