sharingg..
2:11 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"Huraian hadith:- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa ( baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa( walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah )- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita( berdoa perlu benar2 bersungguh2 )- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh AllahConclusions:- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah ( e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya... )
|
Kisah Isa A.S
1:41 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran
Kisah Isa a.s

DULU ada seorang lelaki datang kepada Nabi Isa as dan ingin bersahabat dengannya. Nabi Isa menerima permintaan lelaki itu. Satu hari mereka berjalan di tepi sungai dan makan tiga potong roti. Nabi Isa sepotong, sepotong untuk orang itu manakala sepotong lagi disimpan.Nabi Isa kemudian pergi ke sungai untuk minum dan apabila kembali semula roti yang sepotong itu tidak ada. Lalu Nabi Isa bertanya sahabatnya: “Siapa mengambil sepotong roti itu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak tahu.”Maka berjalanlah kedua-duanya. Tiba-tiba mereka melihat rusa dengan dua anaknya, maka ditangkap satu daripada anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar. Kemudian dimakan berdua. Lalu Nabi Isa menyuruh anak rusa yang dimakan itu supaya hidup kembali, maka hiduplah ia dengan izin Allah. Kemudian Nabi Isa bertanya: “Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak tahu.”Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya berjalan hingga sampai ke seberang, lalu ditanya sahabat itu sekali lagi: “Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak tahu.”Kemudian berjalanlah mereka ketika di hutan.
Mereka duduk-duduk dan Nabi Isa mengambil tanah serta kerikil lalu diperintahkan: “Jadilah emas dengan izin Allah.” Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibahagi tiga bahagian. Nabi Isa berkata: “Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti.” Serentak sahabat itu menjawab: “Akulah yang mengambil roti itu.”Nabi Isa berkata: “Maka ambillah semua bahagian ini untukmu.” Lalu kedua-duanya berpisah. Kemudian orang itu didatangi dua orang yang mahu merompak harta itu dan membunuhnya.Begitupun, lelaki itu membuat tawaran berkongsi emas dimilikinya. Perompak terbabit setuju, lalu menyuruh seorang pergi ke pasar berbelanja makanan. Maka timbul perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam hatinya:“Untuk apa kita membahagi wang dan harta ini. Lebih baik makanan ini saya bubuh racun saja, biar kedua-duanya mati, dan saya ambil semua harta itu.” Lalu dibubuhnya racun dalam makanan itu. Sementara orang yang tinggal itu berkata:
“Untuk apa kita membahagikan harta ini, lebih baik jika dia datang, kita bunuh saja, lalu harta itu kita bagi dua.”Ketika datang orang yang berbelanja itu, dia segera dibunuh oleh kedua-duanya, lalu hartanya dibahagi dua. Kemudian mereka makan makanan yang dibubuh racun itu, matilah kedua-duanya, dan tinggallah harta itu di hutan.Kemudian ketika Nabi Isa berjalan di hutan dan melihat hal itu, berkata Nabi Isa kepada sahabatnya: “Inilah contohnya dunia, maka berhati-hatilah kamu.”

-----------------PANDUAN & NASIHAT-----------------Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."
(An-Nahl ayat 105)"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)
|
Berhati2 dengan Air Kotak Milo
12:33 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran






berhati-hatilah ketika membeli dan meminun air kotak, boleh merbahayakan kesihatan tau.... boleh sakit perut nanti.
|
Salam Takziah .....
12:18 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran
Seorang sahabat kita Muhammad Azizul Bin Ali dimasukkan ke wad hospital sg buloh akibat serangan sakit apendit dan sekarang selamat menjalani pembedahan..... semoga cepat sembuh kami doakan......

lepas keluar hospital ni jangan la makan macam2 jagalah kesihatan ok wasalam..
|
Barangan Antik......
2:17 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran















bila x ada barang dulu, tak mungkin ada nya barang sekarang kan,,,, bagi peminat2 kamera ni adalah kamera yang menjadi sebahagian koleksi yang aku boleh tunjukkan.....
|
Durian oh durian......
2:10 PTG | Author: Mohamad Sabhi Bin Mohamad Misran




durian merupakan raja segala buah, bila dimakan ohhh sungguh nikmat, itulah kebesaran kuasa Ilahi.. yg tak dapat ditandingi.... sekaran ni musim durian di kampung orang asli ulu kuang.

ramai masyarakat melayu yang menggemari durian kampung, wang ringgit tidak menjadi ukuran, tetapi nikmat yang didapati dari makan buah durian ni memang tak terkata dan terhingga sedapnya.....
|